Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sunday, October 11, 2009

~4 oktober 2oo9 : My engagement DaY~

salam to All........
hope semua sehat2...
di kala aku menulis nie..
aku maseh berada dalam keadaan yang tak mengizinkan..
tidak sihat sangat..
baru jer pas telan ubat...
ermmm..macam2 penyakit timbul selepas majlis pertunangan dilangsungkan..
sebelum majlis pon aku dah menunjukkan tanda2 untuk sakit..
dah naseb badan....
mayber terlampau buat keje..angkat macam2..segala mak nenek periuk...
aku angkat..last2 aku yang sakit..
erMmm..pompuan2 kat luar sane bahaya tau kalo kita nie angkat barang yang berat2..
lagi2 yang ader problem cam aku nie...
ehe..terlupe diri maser wat keje..so hadapla sakit nie...
ermm..kat bawah nie serba sedikit cerita semasa dan sebelom majlis...
...........................................................................

aku dah apply cuti 3 hari untuk majlis nie..
dijangka wat secara kecil-kecilan..
tapi terjadik besar-besaran...
huhu..
macam2 dilakukan untuk pastikan majlis nie berjalan lancar..
mak n abah lah yang banyak membantu bertungkus lumus..
tak lupa adik lelaki yang sanggup bercuti untuk bantu kakak die sorang nie..
pagi sabtu aktiviti memasang khemah dilakukan..
dalm pukul 3 camtu dah start rewang2..
tapi yang datang hanya 4 5 orang..
teramatlah sedih hati nie..
aku dah pon tau cerita sebenar kehidupan kat umah aku nie..
kat sini semua wat hal masing2...
kalo der kenduri..time makan ramailah datang..
bila membantu..maapLer..
lain sungguh rasenyer di umah lama aku..
kalo setakat kenduri kecil2 takder hal la..
kenduri kahwin tak pernah panggil catering..
semuanya gotong royong..
erMmm..semua tu tinggal kenangan..
tu di Sungai Besi..sekarang di Sepang..
mari sambong balik citer tadi..
..........................................................................
menu untuk majlis pertunangan aku semua dimasak oleh mak n abah..
tapi turut dibantu oleh sedara mara yang datang..
ader juga kawan2 rapat mak..
mak dan abah memang pakar dalam memasak..
boleh dikatakan hampir semua sedara mara terdekat yang kahwin..
mak dan abah tukang masaknye..
so tak perlu nak risau..cuma aku kecian kat parents aku..
penat sangat....
tapi berbaloi dengan masakan yang dihidang kat tetamu...
sedap..sedap..tak habis dengan pujian dari kengkawan yang datang..
menunya..

1. nasik minyak dan nasik putih
2. ayam masak merah (aku tak merasa pon)
3. kurma daging lembu
4. kambing kari portugis (special menu)
5. jelatah
6. tembikai
7. air buah2 campuran + air jimi asmara
8. talam keladi ngan pelangi

semua barang2 dapor mak dan abah yang beli..
aku bagi duit jer..
tu pon rasenyer tak cukup..
mak dan abah ader tambah2..
syukur alhamdulilah..
tetamu yang dijangka hadir cuma 100 orang..
tetapi yang datang lebih 300 orang..
lauk pauk yang dimasak memang cukup..
tak dapat nak bagi2 kat kawan2 yang menolong mak..
tapi takperlah semua dapat merase..
seingat aku nasi yang dimasak dalam 30kg..
ayam 14 ekor, daging lembu 8kg,daging kambing 14kg..
yang lain tak ingat..huhuhu..

aktiviti memasak dah start ari sabtu 3/10,
sampai la ke lewat malam..
hanya kuah yang dimasak..
pagi2 nanti..baru taruk bahan2 tersebut cam ayam ker, daging..
kenduri pada ahad tengahari 4/10
selepas subuh memang tak tido dah..
aku membantu aper yang patot..
ciapkan susanan hantaran..pasang cadar..dan macam2 lagi..
last2 sarung cincin kat ruang tamu..huhuhu..
pukul 12 start tahlil dan kenduri doa selamat..
dah selesai tetamu makan , pihak lelaki turun (selepas zohor)
selepas perbincangan selesai..
aku dipanggil keluar..untuk aktiviti sarungkan cincin..
huhuhu..teramatla malu ketika itu..
cam artist lak..huahuahua..
semua dok ambik gambar..
ermm..pastu tunanganku pon masok..
aper lagik amik gambar la..
macam2 pose yang disuruh..
dah macam kahwin plak...
pastu ader aktiviti potong kek..
dah tak larat nak citer..
korang layan pic-pic nanti....
tunggu..........................................................................................

No comments: